Kraftangan merupakan salah satu produk yang menarik kebanyakan pelancong luar dan dalam negara untuk datang melawat ke negara kita.
Maka dengan ini saya ingin memperkenalkan serba sedikit kraftangan tradisional dari suku kaum Lun Bawang.
Masyarakat suku kaum Lun Bawang (Perempuan) |
Masyarakat suku kaum Lun Bawang (Lelaki) Suku kaum Lun Bawang ini ditemui di daerah Lawas, Limbang, Trusan dan Pedalaman Borneo. Masyarakat Lun Bawang ini merupakan masyarakat yang paling banyak di Sarawak selepas Melayu dan Iban di Sarawak. Itu saja serba sedikit saya terangkan mengenai suku kaum Lun Bawang. Di sini saya akan menerangkan serba sedikit menegenai kraftangan atau aksesori yang digunakan oleh masyarakat Lun Bawang. 1. PATA : Pata merupakan salah satu aksesori bagi suku kaum Lun Bawang (Perempuan) yang di pakai di atas kepala semasa menggunakan baju tradisonal. 2. BERET : Beret merupakan aksesori yang di pakai pada bahagian pinggang seorang perempuan yang menggunakan baju tradisional. 3. KULIT KAYU TEKALUNG : Ini pula merupakan pemakaian bagi suku kaum Lun Bawang (Lelaki). Di sini baju yang mereka gunakan merupakan diperbuat daripada kulit kayu dan ini juga merupakan pemakain tradisional yang diperbuat asli. 5. PROSES MENJAHIT MANIK DI BAJU TRADISIONAL SUKU KAUM LUN BAWANG Masyarakat Lun Bawang ini sungguh unik kerana mereka menjahit manik pada baju tradisional mereka dengan sendirinya. Mereka menghasilkan corak mengikut adat resam mereka. Sekian itu saja serba sedikit perkongsian mengenai kraftangan tradisional suku kaum Lun Bawang dari saya dan kawan-kawan saya. Biarpun kami jauh dari kampung kami yang terletak di Lawas, Sarawak . Kami tetap sayangkan daerah kami dimana kami lahir dan membesar. Sekian ,Terima Kasih. #Jangan lupa tinggalkan komen ye . #Positif komen please. |